Set Barang FTM
FTM by Ayot

Bantuan & FAQ

Jawapan ringkas untuk soalan yang selalu ditanya tentang FTM Checklist.

FTM Checklist (percuma)

Adakah checklist ini percuma?

Ya. FTM Checklist percuma sepenuhnya. Tiada akaun, tiada log masuk dan tiada bayaran.

Macam mana nak guna?
  1. Pilih set ikut fasa awak (contoh: Bersalin, Pantang, Menyusu).
  2. Tanda Dah ada untuk barang yang awak sudah ada.
  3. Untuk barang yang belum ada, tekan Lihat di Shopee atau Salin kata carian dan cari sendiri dalam app.
Di mana tanda "Dah ada" saya disimpan?

Dalam browser peranti awak sahaja. Kami tidak menerima atau menyimpan senarai awak.

  • Tanda kekal walaupun awak tutup browser atau refresh page.
  • Tanda akan hilang jika awak padam data browser (clear history / cache), guna mod incognito, atau tukar ke telefon / browser lain.
Kenapa ada barang yang hanya ada kata carian?

Untuk sesetengah barang, kami beri kata carian supaya awak boleh pilih jenama dan harga sendiri. Tekan Salin, kemudian tampal dalam carian Shopee atau TikTok Shop.

Link produk tak berfungsi atau produk habis stok

Harga dan stok ditentukan oleh penjual di platform tersebut dan boleh berubah bila-bila masa. Beritahu kami melalui borang feedback supaya link boleh dikemas kini.

Adakah ini nasihat perubatan?

Tidak. Checklist ini rujukan umum sahaja. Untuk kesihatan ibu atau baby, sentiasa rujuk doktor, jururawat atau klinik.

Hubungi kami

Sokongan melalui emel sahaja: aaini.h99@gmail.com. Kami tidak akan sekali-kali meminta kata laluan bank, TAC atau OTP awak.

Cadangan dan laporan masalah: borang feedback.

Kemas kini terakhir: 14 Oktober 2026